SECRET MARKETEER

Tentang Kami

"Sesungguhnya, setelah suatu kesulitan itu pasti ada kemudahan"

(Surah Al-Insyirah: 5)

Kadang-kadang kita lupa atas setiap ujian yang kita hadapi, rupanya sedang menanti satu nikmat dari Allah yang sangat besar?
Begitulah asal usul kewujudan Secret Marketeer Creative Solutions.

Secret Marketeer Creative Solutions diasaskan ketika bencana Covid melanda dunia pada tahun 2020. Pada ketika itu, pengasasnya Puan Nani Koraiza Yaacob yang ketika itu bekerja sebagai Content Manager telah mengambil keputusan untuk berhenti walaupun beliau tidak jelas dengan hala tuju sebenar.

Namun, pengalaman beliau selama 20 tahun dalam bidang advertising, marketing research dan content marketing telah membantu mencetuskan idea untuk beliau berkongsi ilmu tentang content & campaign marketing dengan usahawan-usahawan yang pada ketika itu menghadapi masalah marketing dan sales ketika PKP.

Bermula dengan kelas content marketing secara online yang dihadiri oleh 11 orang peserta, dari situ, beliau kemudian melebarkan sayap dengan membantu usahawan melatih team marketing mereka, dan juga melatih usahawan untuk lebih mahir dalam bidang content marketing.

Selain dari itu Secret Marketeer Creative Solutions juga membantu usahawan / trainers dan orang perseorangan dalam menghasilkan content untuk social media masing-masing. Ada antara konten yang dihasilkan telah viral dan mendapat ribuan engagement dan share.

Kini, Puan Nani Koraiza dan Secret Marketeer juga aktif menyebarkan ilmu content marketing, campaign marketing, personal branding, team development dan sales strategy samada melalui sesi group Coaching – The Inspires, personal coaching, public training, training untuk usahawan dan juga training di bawah HRDCorp.

Puan Nani Koraiza Yaacob juga merupakan Jurulatih di bawah HRDCorp. Objektif utama Puan Nani dan Secret Marketeer adalah untuk membantu usahawan, leaders dan orang perseorang untuk membina content yang berkualiti dan bermanfaat, padat dengan perkongsian ilmu, inspirasi dan pengalaman.