Ramai orang kata susah nak jadi content creator. Ada orang kata nak jadi content creator perlu famous dan ada ramai followers.
Tahukah anda? Anda boleh jadi content creator untuk apa-apa saja tujuan.
Anda boleh jadi content creator sebab nak terkenal, nak buat income, suka-suka atau untuk menyebarkan ilmu bermanfaat untuk semua followers. Content creator yang bagus adalah content creator yang dapat meninggalkan impak positif kepada followers melalui content yang dihasilkan.
Bagi saya, content creator yang bagus adalah content creator yang meninggalkan ilmu bermanfaat dan kesan positif yang memberikan impak yang sangat bagus kepada orang ramai.
Untuk usahawan, suka atau tak, di zaman di mana ‘content marketing’ jadi senjata paling power dalam bisnes, lebih ramai orang perlu jadi best content creator.
Ini checklist nak jadi best content creator:
- Kreatif, pantas dan ada energy tinggi. Content creator lembab, semua posting di social media pun akan lambat keluar. Atau hanya keluar bila content tidak lagi trending.
- Selalu research dan perhati keadaan pasaran. Perlu pandai baca trend target audience bisnes masing-masing. Perlu tahu apa yang trending dan tahu nak ride the wave.
- Mahir teknik menulis di sosial media yang boleh ubah mentaliti pembaca dari pelanggan biasa kepada menjadi raving fan. Dan juga mahir dalam pembuatan video. Makin kreatif dan makin relevant content yang dihasilkan, ianya akn jadi lebih bagus.
- Content yang bagus adalah content yang mampu ubah emosi menjadi tindakan.
- Rendah diri dan sanggup belajar dari content orang lain. Tak pernah rasa content sendiri power gila!