Copywriting Krik Krik Krik… Ini 5 Benda WAJIB Try Untuk Jadikan Copywriting Lebih Power

      Bosan lah bila buat copywriting tapi tak ada orang nak baca.  Penat kita menulis panjang berjela, tapi sayangnya…10 likes pun susah nak dapat.

      Copywriting ni bukan setakat untuk tujuan FB Ads saja tapi untuk apa jenis penulisan. Dengan penulisan yang betul anda boleh tunjukkan kepakaran, beri motivasi, share story dan inspirasi dan copywriting yang betul boleh dapat organic reach yang tinggi.

      Masalahnya, ramai orang tak tau nak buat Headline yang power untuk copywriting / video atau poster yang di upload. 


      Ini 5 benda yang WAJIB korang try bila nak buat Headlines.

      1. Headline Suspense

      Ni macam teaser la. Macam ayat yang boleh buatkan kita rasa sakit hati, macam potong stim macam tu. Baru kita rasa macam nak baca kisah selanjutnya.  Kadang-kadang, tajuk je gempak, tapi cerita dia biasa-biasa je.  

      Contoh:  Benda ni kalau tak buat pastinya isteri di rumah akan………

      1. Headline Guna Kata Perbualan

      Manusia ni suka menyibuk nak ambil tahu apa yang orang lain sembangkan terutama yang ada topik macam best dan ada unsur ‘human interest’. Tulis sikit je dah boleh buatkan orang nak baca lagi.

      Contoh:  “Kau tu bukannya pandai sangat, tak payah lah nak beria-ria sangat…”

      1. Headline Emo

      Ni paling susah nak buat. Mengalir air mata darah pun tak tentu boleh keluar Headline yang sentuh emosi. Ayat dia sekali baca je mesti dah boleh buat orang marah, geram, sedih, gembira, atau terasa hati.  Dan yang paling penting nak baca kisah seterusnya.

      Contoh:  Hancur luluh hati seorang suami bila lihat isterinya ditipu scammer sehingga rugi RM50 Ribu!

      1. Headline Digital


      Headline seperti ini mudah menarik perhatian mereka yang mempunyai minat terhadap nombor, struktur atau susunan (Sensory Digital).  Headline ini mengandungi data, statistik atau susunan fakta yang membuatkan pembaca rasa lebih teratur dan lebih jelas.

      Contoh:  7 dari 10 Usahawan Tak Pandia Buat Content!  Ini 7 Langkah mudah untuk mula buat konten.

      1. Headline Visual

      Mudah digunakan dan dapat ajak pembaca untuk menggunakan sensory visual mereka.  Cara ini dapat menarik minat mereka untuk membaca keseluruhan story.

      Contoh:  Siapa sangka, bermula dari gerai kecil beratap kuning, di simpang jalan yang sibuk tu, kini dah bertukar menjadi sebuah restoran yang sesak.

      Headline Yang Ada Unsur Suspense

      Headline Yang Menggunakan Kata Perbualan

      Headline Emo



      Conclusion

      Semakin hari semakin ramai orang menggunakan platform online untuk tujuan perniagaan.  Posting yang dibuat perlu semakin bagus supaya dapat tarik attention orang untuk baca artikel penuh, untuk tonton video atau tengok poster yang diuploadkan.

      Masalahnya ramai usahawan online ni tak pandai nak buat posting yang bagus. Apa lagi nak buat campaign marketing dengan posting yang ada tema dan objektif yang khas.
      So..fikirkan dan terus buat lebih baik.

      Kalau korang rasa posting ni membantu, tolong share dan belanja admin love ye.

      Leave a Comment

      Your email address will not be published. Required fields are marked *