Tahukah anda Story Writing dan Story Telling adalah satu teknik untuk menyampaikan konten yang sentiasa “laku keras” pada setiap tahun. Dan tahukah anda teknik menulis story ini telah digunakan beratus-ratus tahun lamanya.
Manusia suka story.
Story menghubungkan manusia. Dalam story manusia akan dapat ikatan emosi antara pembaca dan penulis. Lebih – lebih lagi bila ada kesamaan antara pengalaman penulis dan pembaca.
1. Kuatkankan Personal Branding
Founder’s Story penting untuk Professional Branding. Boleh tulis story diri sendiri, stiry throwback, story behind the scene dan posting tentang aktiviti dan apa yang anda pakar untuk bina trust pelanggan.
2. Tajuk Kena Padu
Manusia ada 3 saat je untuk baca keseluruhan content yang anda tulis. Pastikan tajuk anda padu. Cuba masukkan emosi dalam tajuk. Dan disokong dengan gambar-gambar yang menarik.
3. Tak Perlu Panjang
Ada orang suka tulis sangat panjang. Cuba tulis 3-4 perenggan je dan jadikannya bersiri.
1 perenggan 4-5 baris saja..cukup. Tulis panjang-panjang tapi tak ada orang baca pun tak bagus juga. Kuasai teknik menulis story. Terus follow kami di FB Page Secret Marketeer untuk ketahui bila kelas story writing akan diadakan.
4. Masukkan Gambar
Eh! Tak payah lah malu. Guna je gambar sendiri. Kalau cerita tentang kenangan lama, boleh gunakan gambar lama yang bersesuaian. Percaya tak? Gambar throwback masa anda sekolah, masa di universiti, masa mula-mula kerja dan masa mula-mula buka bisnes selalu disukai pembaca posting anda di Social Media.
5. Tak Perlu Menjual
Kesilapan besar usahawan bila tulis story adalah mereka suka nak menjual. Tak perlu menjual apa-apa produk atau servis..tulis je dulu. Bila pelanggan dah percaya mereka sendiri akan cari anda.
6. Ayat Macam Mana?
Gais..Kita ni nak tulis untuk posting di media sosial. Bukan nak tulis artikel surat khabar atau pun skrip berita. So releks je, gunakan bahasa biasa…sempoi tapi padu.
7. Niat Kena Betul
Tulis atas niat nak jadikan inspirasi kepada orang lain, bukan nak tunjuk siapa lagi power dan untuk bermegah dengan kejayaan.
Tak susah nak menulis. Hanya perlu tahu apa yang nak diceritakan dan apa pengajaran yang anda nak kongsi. Start sekarang ye..Boleh?