Testimony adalah SENJATA UTAMA untuk apa saja jenis bisnes. Ianya bantu bina ‘trust’ pelanggan kepada – Jenama / Produk / Founder / Syarikat anda. Testimony boleh buatkan bisnes anda “digeruni” pesaing.
Sebab itu tak boleh buat testimony cincai-cincai je. Bayangkan, kalau testimony anda setakat screen shot, takde info dan story menarik agak-agak anda ada orang nak percaya? Macam nak pergi berperang, senjata mestilah yang power kan? Takkan nak pakai pistol air je.
Kita sendiri pun akan cari testimony dulu sebelum beli sesuatu. Dan kita juga tengok “effort” peniaga untuk buat testimony. Testimony cincai dan tak berkualiti akan buatkan pelanggan ragu-ragu.
Ini 4 benda penting yang anda perlu tahu tentang Testimony:
- Testimony sepatutnya sangat strong dan mampu “hit the targets with first bullet”, maksudnya boleh berikan kesan mendalam sebaik sahaja bakal-bakal pelanggan tengok dan terus buat keputusan untuk beli.
- Testimony boleh dibuat dalam bentuk video, poster dan copywriting dengan gambar. Testimony ibarat sniper / sharp shooter! Sekali tembak terus kena.
- Semakin besar perubahan yang ditunjukkan dalam testimony, semakin mudah untuk mendapat kepercayaan pelanggan.
- Cuba buat 3 posting tentang testimony pelanggan di social media anda dalam bentuk video atau story writing. In Shaa Allah, mudah anda nak dapat kepercayaan pelanggan.
So tanya diri sendiri, berapa banyak testimony yang korang ada dan berapa kerap korang gunakannya sebagai senjata dalam bisnes. Dan…bagus ke testimony tu? Dalam skala 1-10, sila beri nilai kepada testimony pelanggan anda. Adakah dia membantu untuk tingkatkan conversion? Berapa testimony berkualiti dari pelanggan yang anda ada?
Ulang semula, testimony adalah senjata utama bisnes anda.
Harap belajar sesuatu. Jangan lupa Likes, komen n share.